Pengenalan Arca





PENGENALAN ARCA

            Arca merupakan bentuk citra dalam susunan tiga dimensi (3D) untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya.arca tidak sama dengan seni tampak yang lain disebabkan ciri-ciri tiga dimensinya. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman, dan reka bentuk pentas, namun karya ini mempunyai keistimewaan tersendiri.
            Secara khususnya, karya 3D adalah sesuatu yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi iaitu kiri, kanan, atas dan bawah. Ia juga dikenali sebagai objek maujud iaitu objek nyata dan boleh dipegang. Proses umum bagi penghasilannya pula adalah dengan membentuk dan membuat binaan melalui proses imaginasi. Seterusnya, diterjemahkan ke dalam bentuk lukisan, dan distruktur. Akhirnya diproses pembinaan objek tersebut.
            Secara umumnya, terdapat dua jenis bentuk arca, iaitu arca bentuk berfungsi dan arca bentuk estetika. Arca berbentuk berfungsi boleh digunakandi samping memaparkan ciri-ciri estetikanya. Arca bentuk estetika merupakan bentuk ciptaan pelukis yang tidak mempunyai fungsi tertentu hanya untuk dihayati dari aspek estetikanya. Arca estetika biasanya dipamerkan di galeri, taman atau ruang legar kawasan peranginan, dan ruang-ruang yang sering dikunjungi orang ramai.
Misalnya, patung kaum orang asli Jah Hut dan Mah Meri yang digunakan sebagai alat untuk berhubung dan semangat dalam upacara keagamaan kaum itu. Seterusnya, ‘Keliering’ atau tiang perkuburan orang Melanau di Sarawak yang digunakan untuk pengebumian sekunder adalah satu lambing kebesaran tuan rumah. Kedua-dua ini adalah antara contoh bentuk arca berfungsi.




No comments:

Post a Comment